Tuesday, 23 December 2014

(Projek 3) Proses Penghasilan

  • Hasilkan sebuah kotak dengan menggunakan mounting board dengan kelebaran berukuran 5x5 inci dengan ketinggian 4 inci.
  • Letakkan Perak Man di dalam kotak tersebut dan pastikan permukaan rata agar tidak tumbang.
  • Bancuh POP hingga sekata hingga tidak mempunyai ketulan.
  • Tuangkan bancuhan POP tersebut ke dalam kotak yang mengandungi Perak Man. Kemudian biarkan sehingga POP mengeras.
  • Setelah POP mengeras, tanggalkan kepingan kotak secara berhati-hati agar POP tidak pecah.
  • Terbalikkan POP tersebut dan keluarkan Perak Man dengan menggunakan dawai secara berhati-hati. Proses ini adalah lebih mudah dan cepat berbanding membakar tanah liat. Akan tetapi proses ini memerlukan ketelitian dan sentiasa berhati-hati.



  • Untuk menanggalkan dan mengeluarkan cebisan-cebisan tanah liat, anda perlu menggunakan air compressor dan halakan ke dalam lubang.
  • Bakar ketulan timah ladong mengikut sukatan yang diperlukan (18 biji).




  • Setelah ketulan timah ladong cair, tuangkan secara berhati-hati dan rapat dengan lubang POP agar cairan timah ladong tidak meletup-letup.

  • Biarkan timah sehingga sejuk (5-10 minit) dan kemudian pecahkan POP dengan menggunakan penukul dan pahat.
  • Buat kekemasan terakhir terhadap Perak Man dengan cara memberus menggunakan berus dawai.


No comments:

Post a Comment