- Seni miniatur atau dikenali seni model adalah merupakan satu genre yang memberikan tumpuan kepada seni terutamanya lukisan, ukiran dan patung yang bersaiz kecil.
- Sering dihasilkan hanya sebesar satu tapak tangan.
- Seni arca ini meliputi kurang daripada 100cm.
- Seni ini telah mula dihasilkan lebih daripada 1000 tahun dahulu dan amat dihargai oleh pengumpul.
Sejarah Pendidikan Seni di Malaysia
Bermulanya pendidikan seni secara formal di Malaysia adalah pada tahun 1816. Sekolah terawal yang menyediakan matapelajaran pendidikan seni adalah "Penang Free School" yang ditubuhkan pada tahun 1816 dan ketika itu seni diajar mengikut gaya pendidikan di barat. Pendidikan seni terus dikembangkan oleh seniman tersohor tanah air iaitu Abdullah Arif. Beliau merupakan seorang guru dan juga penyelia lukisan di "Anglo Chinese School", Pulau Pinang. Pada tahun 1949, beliau menjadi pengerusi Kesatuan Kesenian Guru Pulau Pinang dan beliau juga merupakan ahli Penang Impressionist.
Pada tahun 1906, Chong Hua Confusius Pulau Pinang memperkenalkan matapelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina. Pada tahun 1916 pula, Laporan Winstedt dikeluarkan bagi memperkemaskan sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Antara yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah sekolah Melayu dan maktab mengajar matapelajaran lukisan dan subjek anyaman diletakkan dibawah subjek sains pertanian.
Dan kemudian, berkembanglah pendidikan seni di negara ini yang dipacu oleh institusi-institusi pendidikan, pertubuhan seni dan dasar-dasar pendidikan. Antara institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan seni adalah :
- sekolah-sekolah
- Sultan Idris Training College (1922)
- Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur (1960)
- Institut Teknologi Mara (1967)
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (1997) (asal Sultan Idris Training College)
Pendidikan seni di negara kita juga dipacu oleh kewujudan pertubuhan dan institusi seni seperti :
- Wednesday Art Group (1951) (Peter Harris)
- Majlis Kesenian Malaya (1952) (Tan Sri Mubin Sheppard & Datuk ZainalAbidin Hj. Abbas)
- Penang Teacher's Art Circle
- Malay Teacher's Union (1954)
- Thursday Art Group (1957)
- Balai Seni Lukis Negara
Dasar kerajaan juga memainkan peranan penting dalam memperkembangkan pendidikan seni seperti Penyata Rahman Talib. Pihak yang memainkan peranan sebagai pusat perkembangan kurikulum yang bertanggungjawab menggubal kurikulum pendidikan seni adalah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini membuktikan bahawa matapelajaran pendidikan seni adalah antara matapelajaran yang penting sejak dahulu lagi terutama sewaktu penjajahan British kerana orang Barat memandang seni dalam skop yang luas. Bagi mereka, seni adalah sesuatu yang serius dan penting. Oleh kerana itu, pemikiran seperti ini harus diterapkan dan ditanam dalam minda masyarakat kita di Malaysia.
No comments:
Post a Comment