Tuesday, 23 December 2014

(Projek 1) Proses Penghasilan Karya

Proses melakar bahagian bangunan bersejarah.

Untuk permulaan,hendaklah menekap lakaran bangunan di atas permukaan tanah liat yang telah dibentuk dengan menggunakan pen. Kemudian,membuang bahagian-bahagian tanah liat yang tidak diperlukan.

 Proses ukiran dan luakan perlu dilakukan sedikit demi sedikit dan berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang sebenar.

 Membuat ukiran dan luakan secara teliti dan berhati-hati agar tidak mengubah bentuk asal.

Ratakan permukaan tanah liat dengan menggunakan sedikit air dan berus warna terpakai agar permukaan tanah liat kelihatan licin.

Dengan menggunakan silicon,letakkan silicon di permukaan tanah liat.

Biarkan silicon mengering terlebih dahulu sebelum menanggalkan tanah liat.

Proses tanah liat ditanggalkan daripada silicon.

Bahagian dalam silicon.






6 gambar di atas adalah merupakan proses menghasilkan acuan moule dengan menggunakan POP (Plaster of Paris). Perlu membancuh POP dengan air dan gaulkan sehingga sebati agar tiada ketulan-ketulan POP. Tuangkan bancuhan POP ke dalam silicon dan kemudian biarkan sehingga kering.

Setelah kering,tanggalkan moule tersebut daripada POP dan ratakan permukaan moule dengan teliti dan kemas dengan menggunakan pisau gergaji. Selepas itu,warnakan permukaan moule dengan warna krilik putih sebelum mewarnakan bahagian-bahagian moule dengan warna yang dikehendaki. Langkah terakhir adalah spray permukaan moule dengan menggunakan spray clear untuk mengekalkan keadaan warna agar tidak luntur dan berkilat.

HASIL AKHIR

No comments:

Post a Comment