SENI ARCA UPSI
Tuesday, 23 December 2014
(Projek 3) Proses Penghasilan
- Hasilkan sebuah kotak dengan menggunakan mounting board dengan kelebaran berukuran 5x5 inci dengan ketinggian 4 inci.
- Letakkan Perak Man di dalam kotak tersebut dan pastikan permukaan rata agar tidak tumbang.
- Bancuh POP hingga sekata hingga tidak mempunyai ketulan.
- Tuangkan bancuhan POP tersebut ke dalam kotak yang mengandungi Perak Man. Kemudian biarkan sehingga POP mengeras.
- Setelah POP mengeras, tanggalkan kepingan kotak secara berhati-hati agar POP tidak pecah.
- Terbalikkan POP tersebut dan keluarkan Perak Man dengan menggunakan dawai secara berhati-hati. Proses ini adalah lebih mudah dan cepat berbanding membakar tanah liat. Akan tetapi proses ini memerlukan ketelitian dan sentiasa berhati-hati.
- Untuk menanggalkan dan mengeluarkan cebisan-cebisan tanah liat, anda perlu menggunakan air compressor dan halakan ke dalam lubang.
- Bakar ketulan timah ladong mengikut sukatan yang diperlukan (18 biji).
- Setelah ketulan timah ladong cair, tuangkan secara berhati-hati dan rapat dengan lubang POP agar cairan timah ladong tidak meletup-letup.
- Biarkan timah sehingga sejuk (5-10 minit) dan kemudian pecahkan POP dengan menggunakan penukul dan pahat.
- Buat kekemasan terakhir terhadap Perak Man dengan cara memberus menggunakan berus dawai.
Definisi "Perakman"
Orang Perak atau Perak Man adalah rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Rangka Perak Man ini telah dijumpai pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Penemuan ini adalah merupakan hasil dari penyelidikan yang dilakukan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang telah diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000 hingga 11,000 tahun.
Rangka tulang Perak Man adalah dari zaman batu era Paleolitik yang hampir sempurna dijumpai di Asia Tenggara. Perak Man dikebumikan dengan posisi "foetal" iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa cebisan daging. Ia juga dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kulit siput sungai.
Perak Man adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-45 tahun dengan ketinggian 157cm, menjalani kehidupan yang sihat, makan makanan yang berfiber dan berjalan dalam keadaan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah dan mempunyai satu jari yang cacat.
Buku yang mencatatkan sejarah penemuan Perak Man.
Kedudukan Perak Man semasa penemuannya.
Replika rangka tulang Perak Man.
Ilustrasi kehidupan manusia zaman pra sejarah.
Ilustrasi bagaimana Perak Man dikebumikan.
Ehhh.. Perak Man ada kad pengenalan laaa!!
Salah satu bahan pameran di Muzium Arkeologi Lenggong.
(Projek 3) "Mockup"
Projek ke-3 ini adalah Miniature Sculpture yang bertemakan "Pendidikan" berukuran 4x6 inci. Walau bagaimanapun, terdapat masalah penghasilan projek yang tidak dapat dielakkan dari segi bahan. Kemudian, projek ini ditukar kepada projek "Perakman".
Subscribe to:
Posts (Atom)