Arca adalah bersifat realis dan juga abstrak. Arca realis menampilkan objek yang sebenar agar difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Manakala arca abstrak pula bersifat konseptual serta memerlukan pengarca berfikir sedalamnya untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca yang akan dihasilkan.
Ini adalah sesuai dengan peranan yang dibawa oleh pengarca itu sendiri untuk merakam segala pengalamannya dalam kehidupan dan diluahkan perasaannya dalam bentuk arca.
Arca Asemblaj
Arca asemblaj adalah arca daripada himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai nilai estetika mahupun cara penyusunan dan peletakan bahan yang menimbulkan suatu makna. Kebiasaannya arca asemblaj dikaitkan dengan himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, akan tetapi ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951
Arca Timbulan
Arca timbulan atau dikenali juga dengan arca relief dihasilkan daripada karya dua dimensi dan kemudiannya ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Pada zaman dahulu, untuk menghasilkan arca adalah dengan cara memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau haiwan dan seterusnya akan kelihatan timbul dari permukaan. Arca timbulan ini boleh didapati di bangunan-bangunan keagamaan dan lain-lain.
Back, IV
Henri Matisse, 1930-1931
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
Jacques Lipchitz, 1923
Arca Mobail
Arca mobail dikenali sebagai arca bergerak ataupun arca kinetik. Kebiasaannya arca mobail digantung di atas siling. Arca mobail terhasil daripada pelbagai jenis bahan ataupun bahagian agar membolehkannya bergerak serta dibangunkan menjadi sebuah arca.
Bahagian-bahagian arca dicantum pada sendi agar membolehkannya bergerak, berputar dan mempunyai imbangan yang bersesuaian agar bebas bergerak.
The Star, 1960
Alexander Calder, 1898-1976
Arca Stabail
Arca stabail adalah suatu binaan arca seperti arca mobail yang boleh bergerak akan tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh boleh bergerak. Bahan atau bahagian arca dicantumkan dengan tali ataupun benang pada satu palang atau tiang yang tidak boleh bergerak. Arca stabail tidak mempunyai bahagian sendi yang dicantum supaya bergerak secara terawang-awang.
"Stabile, Paris-La-Defense", 1976
Calder, Alexander
"Hollow Egg", 1939
Calder, Alexander
Assalamualaikum Tuan, saya Siti Raihana, editor dari Aras Mega Sdn. Bhd ingin memohon izin menggunakan gambar arca asemblaj dan arca mobail di atas untuk dimasukkan di dalam buku teks Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Tingkatan 5...terima kasih
ReplyDelete