Sunday, 26 October 2014

(Projek 1) Sumber Kajian Dan Sumber Idea

RUMAH TAMU (UPSI)


Pandangan hadapan Rumah Tamu.

Pandangan sudut penjuru tepi Rumah Tamu.

Pandangan tepi Rumah Tamu.

Pandangan sudut penjuru belakang Rumah Tamu.

Jenis-jenis Arca

Arca adalah bersifat realis dan juga abstrak. Arca realis menampilkan objek yang sebenar agar difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Manakala arca abstrak pula bersifat konseptual serta memerlukan pengarca berfikir sedalamnya untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca yang akan dihasilkan.

Ini adalah sesuai dengan peranan yang dibawa oleh pengarca itu sendiri untuk merakam segala pengalamannya dalam kehidupan dan diluahkan perasaannya dalam bentuk arca.

Arca Asemblaj

Arca asemblaj adalah arca daripada himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai nilai estetika mahupun cara penyusunan dan peletakan bahan yang menimbulkan suatu makna. Kebiasaannya arca asemblaj dikaitkan dengan himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, akan tetapi ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan

Arca timbulan atau dikenali juga dengan arca relief dihasilkan daripada karya dua dimensi dan kemudiannya ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Pada zaman dahulu, untuk menghasilkan arca adalah dengan cara memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau haiwan dan seterusnya akan kelihatan timbul dari permukaan. Arca timbulan ini boleh didapati di bangunan-bangunan keagamaan dan lain-lain.


Back, IV
Henri Matisse, 1930-1931

Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
Jacques Lipchitz, 1923

Arca Mobail

Arca mobail dikenali sebagai arca bergerak ataupun arca kinetik. Kebiasaannya arca mobail digantung di atas siling. Arca mobail terhasil daripada pelbagai jenis bahan ataupun bahagian agar membolehkannya bergerak serta dibangunkan menjadi sebuah arca. 

Bahagian-bahagian arca dicantum pada sendi agar membolehkannya bergerak, berputar dan mempunyai imbangan yang bersesuaian agar bebas bergerak.

The Star, 1960
Alexander Calder, 1898-1976

Arca Stabail

Arca stabail adalah suatu binaan arca seperti arca mobail yang boleh bergerak akan tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh boleh bergerak. Bahan atau bahagian arca dicantumkan dengan tali ataupun benang pada satu palang atau tiang yang tidak boleh bergerak. Arca stabail tidak mempunyai bahagian sendi yang dicantum supaya bergerak secara terawang-awang.

"Stabile, Paris-La-Defense", 1976
Calder, Alexander

"Hollow Egg", 1939
Calder, Alexander


Definisi Arca

Arca adalah karya seni halus yang berbentuk dalam susunan 3 dimensi iaitu permukaannya yang dapat dirasa atau disentuh serta boleh dipandang dari pelbagai sudut. Perkataan arca ini berasal daripada bahasa Latin iaitu sculpere yang membawa masuk satu proses melarik, mengukir, mencungkil dan menguris.

Kebiasaannya seni arca dapat dilihat di galeri-galeri atau tempat-tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong seperti muzium dan tugu peringatan untuk tujuan pameran.